Hidup ini bukan untuk
Tapi hidup ini untuk kita lalui
Satu jalan yang kadangkala sepi
Satu nikmat yang penuh beerti
Hidup yang bahagia
Tak selamanya indah.....
Hidup yang derita
Tak selalunya gundah
Jalan yang dipilih
Mungkin silap
Mungkin juga betul
Jika keliru
Minta bantuan Ilahi
Jika buntu
Cari bantuan Yang Satu
Moga kau bijak memikir
Agar tak tersilap.....
Kau jangan cepat serah
Takut nanti kau gagal
Gagal sekali
Mungkin boleh dibaiki
Tapi gagal terus
Tak berguna lagi.....


"Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, kerana Dia tahu apa yang kita inginkan. Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari, maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik."
ReplyDelete